Saturday, July 7, 2012

Aku.. Mewarna.. Dan Warna Warni

Pssssssssst

Nak merapu pasal warna kegemaran la hari ni.. Haa.. Ni nak tanyak.. Korang semua ni suka warna apa? 

GAHHHHHH!!

Aku paling benci bila orang kaitkan perempuan dan pink.. Sebab aku bukan obses sangat dengan warna ni.. Kalau diberi pilihan aku lagi suka biru.. WAKAKA.. #SoLelaki la nunu ni... Patutla macho+comel semacam.. *Uwekss muntah hijau* AHAHA

Ok2..

Dengan ini.. 

Aku mengumumkan bahawa..

Warna kegemaran aku adalah warna...

Jeng..jeng..jeng..

Warna...........

Warna..........

Warna........

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Berapa ribu kali mau warna da?? HAHAHA

Ok....ok.. Jangan marah aku.. =___=

Aku mengaku la ni aku suka warna apaaaaaaaaaaaaaaa....

SABAR LAAAAAAAA....

YE...YEE....YEEEEEEEEE....

Aku suka WARNA-WARNI...

jom testing mata korang sikit..muahaha

Puas hati??? =PPPP


*HEY..Warna-warni di Aidilfitri*

Amboi ko jah.. Belum puasa lagi ko dah fikir raya?? Haha.. Ok.. Dengan ini aku mengumumkan bahawa warna kegemaran aku adalah warna warni.. =P

Aku rasa setiap orang punya pandangan yang berbeza2.. Tapi aku suka nak bagi pandangan aku sikit la.. Hehehe.. So korang jangan marah ye? ( Aku bercakap dengan siapa ni? Macam ada lak kan orang baca blog aku =.=" )

Aku kurang suka pada warna yang flat atau lebih senang aku kata warna yang 1 tone je la. Weee... Well, belajar Seni Dalam Pendidikan ni, buat aku lebih menghargai seni yang dah sememangnya aku hargai.. Hehehe.. Leh kata seni ni memang subjek feveret aku waktu sekolah rendah la.. Dan sampai sekarang alhamdulillah bakat tu masih terpahat di hati =)




Mari aku bagitau kenapa aku suka warna-warni.. =)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Imbas kembali : Zasssssssssssss!!

Waktu dalam kelas pendidikan seni, cikgu aku suruh lukis 'Rumah Idaman Kamu'. Aku memang gubra habis waktu tu. Sebab yela.. Baru darjah 2 woiii.. Mana reti lagi nak imagin, lukis2 bagai ni.. =.=" 

Balik rumah, aku ngadu kat umi.. Lepas tu umi cakap, jangan la risau.. Nanti dia tolong.. Dalam hati, lega.. (ok, kecik2 aku tak reti bersyukur lagi) muahaha.. Kami pun mula la belek-belek segala buku yang ada cari gambar rumah yang sesuai untuk lukis. Tup2 jumpa 1 gambar rumah. Aku pun dengan excitednya lukis sama-sama ngan umi. Tapi waktu ni umi la banyak tolong aku. Hihihi. Lukisan jadi sangatttttttttttttttttttttttttt cantik dan memang ohsem! Aku pun senyum gembira. Teruja je aku warna lukisan tu. Aku ingat lagi aku warna ngan warna pink rumah aku tu. Hekhekhek.

Esoknya, masa kelas seni cikgu mintak lukisan. Lepas tu aku bagi. Cikgu puji lukisan aku cantik. Opkos la aku bangga kan? Cikgu bagi aku A. Lepas tu dia tampal lukisan aku kat belakang kelas. Seronokkkkkkkkkkk sangat tau? =D

ok..tetiba lapar kek ni pulak =___=

Jadi, aku kesan. Mula dari sini la aku start minat seni.. Dan aku tau aku ada bakat.. Hehe.. 

Dulu aku tak reti mewarna, mewarna pun guna 1 ton je. Ditakdirkan, aku ada sorang klasmet. Dan dia sangat pandai mewarna. Si Muzammir ni sekarang belajar kat Jepun tau? Bakal jadi engineer gittewwww... Mungkin dia tak tau sebenarnya dia la pendorong aku untuk belajar warna cantik-cantik. HAHAHA. Perlu ke pun dia tau? =P

Aku suka mewarna. Leh dikatakan, setiap kali ada pertandingan mewarna kat sekolah, aku akan masuk. Banyak kali la gak aku menang. Hek2.. Tak cukup ngan tu, banyak kali gak aku dapat no 1.. Dan banyak kali gak aku tak dapat apa2 no.. =P 

Ditakdirkan 1 hari tu, aku berpeluang tengok si Muzammir tu mewarna. Dia masuk pertandingan waktu tu. Dan aku tak masuk. Muzammir dan abang dia, Afiq. Dua-dua pandai mewarna dan lukisan mereka sangat cantik. So, mereka la yang sapu tempat pertama dan kedua. Aku sekadar pemerhati je. Aku tengok cara dia warna, aku tengok cara dia main ngan ton. Lepas tu aku rasa teruja bila tengok lukisan dia sangat cantik. Aku pun belajar buat slow-slow. Aku tak mintak la dia ajarkan. Sure la aku sangat malu kan nak g terhegeh2.. HAHAHA.. Dan alhamdulillah.. Aku diberi peluang untuk menghasilkan lukisan setaraf mereka walaupun aku tau tak la layak mengalahkan mereka. =P



Bermula dari tu, aku giat masuk pertandingan mewarna. Masa aku sekolah rendah, aku sangat aktif. Macam-macam pertandingan aku masuk. Umi dan babah sentiasa jadi pendorong semangat aku. Pantang dengar je ada pertandinga, mereka akan isi nama aku. Dan tak pernah halang aku masuk mana-mana pertandingan. Walaupun aku memang la sangat segan dan pemalu. Hek3. Antara pertandingan aku pernah masuk

1. Pertandingan Mewarna Kawan dan Steadler Peringkat Negeri Terengganu
masa ni paling teruja sebab leh jumpa maskot Kawan dan dapat pensil warna luna free =P
the saddest part is aku tak pernah menang sebab lawan peringkat negeri kan.. tapi hampir2 menjadi pemenang =)

2. Pertandingan Mewarna Tulisan Khat Sempena Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
ok..masa ni aku tak tak macam mana aku boleh menang tempat pertama...wahaha..1 sekolah mewarna, dan aku adalah pemenang?sangat tak sangka..tak silap waktu ni Muzammir kalah sebab dia tak sempat siapkan..ke dia tak masuk..huhu..ingat2 lupa.. =)

3. Pertandingan Mewarna Hari Keluarga TELEKOM Peringkat Negeri Terengganu
ok..masa ni aku lawan ngan budak cina..dia memang hebat la..biasala..orang cina memang kretip kan..tapi dia kalah..tak tau kenapa..dia tak sempat siapkan warna kot?huhu..dan alhamdulillah..aku menang tempat pertama lagi =D

Ok.. Setakat ni je la yang aku ingat antara pertandingan yang pernah aku masuk dan sertai.. Heeee... Masuk sekolah menengah, aku dah jarang mewarna. Tapi bila ada kelas seni, aku memang sangat teruja. Aku pernah cantik batik dan hasilnya memang ohsem (kata kawan2 aku la).. Pernah gak mewarna poster air terjun guna water colour dan again, kawan2 puji gak.. Tapi aku tetap steady je.. HAHAHA.. Dan.. Paling aku nyesal sekali sebab tak amik seni masa SPM.. Erm.. Semuanya sebab kedegilan aku yang tak nak dengar cakap umi. Padahal umi memang tau dan yakin ngan bakat yang aku ada. Kononnya nak fokus kat subjek wajib aku 9 tu. Sudahnya aku sekadar mengecewakan umi. Sebab result aku tak terbaik pun. (penyesalan yang takde guna.sorry mummy =( )

Masuk maktab, aku sebenarnya nak amik subjek seni je. Tapi umi ngan babah tak kasi. Kata mereka, seni tu leh ajar bila2 je. Tak perlu amik seni pun leh ajar seni. Jadi takpe la. Amik je Matematik. Lagi bagus dan menjamin. =)

------------------------------------------------------------------------------------------------

So sekarang rasanya dah jelas kot kenapa aku suka warna-warni? Pada aku, warna tu memberikan ketenangan. Dan ada warna yang buat jiwa kacau. Hehehe. InsyaAllah kalau ada rezeki, aku nak apply Master dalam bidang Psikologi dan aku akan kaji semua benda ni. Walaupun dah ada kajian yang orang buat, tapi aku tetap tak puas hati dengan result tu selagi bukan aku sendiri yang buat. Baru aku tau apa hasilnya. HAHA..

Warna-warni.. Cuba korang bayangkan. Sekeliling korang cuma ada 1 warna je.. Daripada langit, rumah, daun, pokok, kereta, pasu, awan, matahari, bulan, bintang.. Semuanya warna pink je, atau biru je.. Agak-agak bosan tak? OMG.. Aku tak dapat bayangkan betapa bosannya perasaan memandang 1 warna je tu.. Dan inilah yang dikatakan bahawa WARNA ITU KEHIDUPAN.. Menarik bukan?

 masyaAllah =)

p/s : Jangan pelik dengan entri penuh berwarna warni ni sempena dengan warna feveret warna warni..hahaha..dan kalau korang perasan, sebenarnya bila tekan A (utk pilih tulisan warna masa buat entri tu) korang akan dapati bahawa warna tu disusun mengikut turutan warna pelangi.. HAA.. Mesti korang tak perasan kan kalau aku tak bagitau? HAHAHA.. Sebenarnya aku pun baru perasan amsa buat kira-kira warna pelangi tadi =P



sedap pulak tengok lollipop ni..mohon ada orang belanja =D

Ni antara beberapa lukisan aku pernah buat.. Oh silap.. Warnaan mungkin? HAHA

Aku rasa bersalah dekat teammate aku.. Wuwuwu.. Burukkkkkkkkkkkkkk! =(

Lecturer bagi aku 10/10 sebab tengkorak ni.. Dia tulis situ Nice work! LOL =.="

Ni lak untuk logo HELWANI.. Depa mintak aku tolong warnakan.. Wuwu.. Burukkk 

DAH.. Tu je.. Kthnxbai =_______=

0 comments:

Post a Comment