Sunday, December 26, 2010

Doa Untuk Si Dia~

Bismillahi ar-rahman ar-rahim~

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.


Andai sahaja dia tercipta untukku, peliharalah hati kami agar terus bersama..Namun andai dia bukan takdirku, jauhkanlah aku darinya..Dari terus mengingatinya...Peliharalah aku dari kekecewaan yang berpanjangan..Semoga akan ada yang terbaik itu untukku..

Aku pasrah dengan ketentuan-Mu..Aku redha akan takdir-Mu..Sesungguhnya apa yang baik itu datang dari-Mu..Yang buruk itu datang dari kelemahan diriku sendiri sebagai hamba-Mu yang hina, Ya Rabb..

Kau palingkan hatiku darinya..Tak pernah kusalahkan takdir-Mu kerana kuyakin itu yang terbaik untukku..Namun hati tak pernah putus berdoa..Semoga digantikan yang hilang itu dengan sebaik-baik ciptaan-Mu Ya Rabb..Mudah-mudahan kutemuinya suatu masa nanti..

Kuyakin pada janji-Mu..

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)


"Saya lepaskan dia mencari kebahagiaan dia sebab saya sayangkan dia kerana kebahagiaan dia adalah kebahagiaan saya , tapi jika dia kembali dan mengatakan bahawa saya adalah kebahagiaan dia , bermakna dia adalah jodoh saya."

“I love you not only for what you are, but for what I am when I am with you. I love you not only for what you have made of yourself, but for what you are making of me. I love you for the part of me that you bring out.”

“I love you, and because I love you, I would sooner have you hate me for telling you the truth than adore me for telling you lies.”



just nice =)

0 comments:

Post a Comment