Monday, October 22, 2012

Seandainya Kau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dengan hatiku

Alkisah bermula di ruang sembang muka buku..

Saat aku tengah khusyuk tengok bebudak kelas gaduh pasal siapa nak jadi ketua kelas (KK) dan penolong ketua kelas (PKK) sem depan.

Tetiba...

Popppp~!
(sila jangan tipu kata semua tak tau bunyi apa ni) =P

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Dalam hati terdetik.. Link apa pulak ni.. Ketar-ketar saya bukak link tu.. Tetiba nampak gambar.. Dan bawah gambar tu ada kata-kata yang sangat menarik. =)


TERNIAT di hati untuk mengetahui adanya kamu di sana untukku dan adanya aku di sini untukmu. Tapi alhamdulillah.. Aku sempat TERSEDAR bahawa Allah sentiasa ada buatku, walau apa jua keadaanku sekalipun..

Aku sayangkan kamu dan aku juga MENANTIKAN kasih sayangmu buatku tapi aku LEBIH SAYANGKAN Allah dan Allah sememangnya sayangkan hambaNya.. Semoga Allah redha kita semua. InsyaAllah.. Amin..

♥♥♥ JANGAN KHUATIR, aku larutkan RASA SAYANG terhadapmu dalam rasa sayangku kepadaNya ♥♥♥

Haa indah bukan bait-bait ayat dalam tu.. Membawa seribu satu makna dalam diri. Ya Allah, seandainya telah Engkau catatkan dirinya untuk diriku, satukanlah hatinya dengan hatiku, titipkanlah kebahagiaan. Kuharap dia adalah yang terbaik buatku, kerana Engkau tahu segala isi hatiku, pelihara daku dari kemurkaanMu. Ya Tuhanku yang Maha Pengasih, Engkau sahaja pemeliharaku. 

Teringat dekat lagu nasyid kumpulan UNIC, Doa Seorang Kekasih. =)

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan 
Dia milikku, tercipta untuk diriku 
Satukanlah hatinya dengan hatiku 
Titipkanlah kebahagiaan 

Ya Allah, ku mohon 
Apa yang telah Kau takdirkan 
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku 
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku 
Pelihara daku dari kemurkaanMu 

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah 
Beri kekuatan jua harapan 
Membina diri yang lesu tak bermaya 
Semaikan setulus kasih di jiwa 

Ku pasrah kepadaMu 
Kurniakanlah aku 
Pasangan yang beriman 
Bisa menemani aku 
Supaya ku dan dia 
Dapat melayar bahtera 
Ke muara cinta yang Engkau redhai 

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih 
Engkau sahaja pemeliharaku 
Dengarkan rintihan hambaMu ini 
Jangan Engkau biarkan ku sendiri 

Agarku bisa bahagia 
Walau tanpa bersamanya 
Gantikanlah yang hilang 
Tumbuhkan yang telah patah 
Ku inginkan bahagia 
Di dunia dan akhirat 
PadaMu Tuhan ku mohon segala 

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records) 
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records) 
Penerbit : Faizal Osman 
Penyusun Muzik : Firdaus 
Hakcipta : Hijjaz Record Sdn. Bhd.

Dan...
Buat awak di sana.. ^_^


Semoga Allah redha.. =)



p/s : InsyaAllah.. Dalam mengharungi liku kehidupan ini.. Apa yang utama adalah diri saya sendiri. Saya kena sayang diri saya dulu sebelum saya sayang orang lain. Dalam proses menjadi orang baik agar dikurniakan seorang yang baik untuk saya juga. Doakan saya ya~! =)

0 comments:

Post a Comment