Monday, July 23, 2012

Life must go on


"someone".. I wish one day you gotta come and catch me.. Hold my heart tight.. And never break my heart..

InsyaAllah.. I will wait for the day to be with you in a halal way..

People come and people go.. But memories you have had with them never change even though that person was not being there, together with you. 

Nevermind.. I learnt many things from what had happened.. I wish someday.. "someone" will come and love me like I do.. Just stay strong and be patience.. InsyaAllah.. The day will come.. Do believe in Allah sayang. :)

     Umi pernah pesan " Carilah orang yang mampu membahagiakanmu dan kamu mampu membahagiakan dirinya.. Bukannya orang yang kamu rasakan bahawa kamu bahagia bersamanya sedangkan hakikatnya terlalu pahit untuk di telan. Kamu berhak memilih kebahagian kamu sendiri, bukannya orang lain yang tentukan. Percayalah. Setiap apa yang berlaku, besar hikmahnya. Kecewa yang kamu rasa hari ini, pasti akan digantikan dengan sebuah kebahagian abadi yang kamu dambakan kelak. Teruskan berdoa dan bersabar. Tabahkan hatimu nak.. "

     Mummy.. Maaf banyak2 sebab pernah buat keputusan tanpa ikut kata mummy.. Akak belajar banyak benda dari semua ni.. Akak harap 1 hari nanti, akak takkan buat benda sama lagi.. Akak nak bahagiakan umi ngan babah.. Tapi kadang2.. Keegoan diri bunuh diri akak sendiri.. Maaf mummy.. InsyaAllah apa2 keputusan mummy lepas ni.. Akak akan ikut dengan senang hati.. Bagi akak masa untuk sucikan jiwa dan bersihkan hati ni.. Lepas tu akak akan teruskan perjalanan akak.. 

     Terima kasih sebab memahami akak selama ni.. Terima kasih sebab selalu ada ngan akak saat susah dan senang.. Ketahuila.. Walau macam mana pun akak.. Akak tetap sayang mummy ngan babah sepenuh hati akak.. Akak janji akak akan bahagiakan mummy 1 hari nanti.. I heart you so much.. =*


     Terima kasih buat semua kawan-kawan yang setia di sisi saat diri sangat mendambakan diri kamu sepenuhnya. Selama ni. jarang aku berharap pada korang. Tapi sampai masa ni.. Aku tak mampu bertahan lagi. Apa yang aku lalui, terlalu berat untuk aku terima. Aku perlukan masa untuk hadapi semua ni. Maaf kalau kadang-kadang korang nampak emosi aku tak stabil dan tiba-tiba aku jadi sangat garang. Aku akui, sakit 'period pain' lagi aku mampu kawal dan tahan daripada sakit kat hati. Luka yang berdarah ni, sangat kelat untuk aku telan. Aku janji.. Mulai saat ni.. Aku akan lebih menghargai siapa adanya korang seadannya. Terima kasih sangat2 sebab banyak bantu aku selama ni. Tak pernah putus-putus bagi aku semangat. Aku harap semua ni buat aku lebih menghargai siapa korang seadannya. Walaupun korang jauh dari mata aku, tapi korang takkan pernah jauh dari hati aku. Walaupun saat tu, aku mungkin jauh dari hati korang. Tapi aku janji. Dengan izin Allah.. Aku takkan ciptakan jurang tu. 

     Aku hargai siapa je yang nak ikut aku dalam teruskan perjuangan ni. Dan kalau korang nak pergi, pergila korang. Ketahuila. Saat korang perlukan aku 1 hari nanti. Aku akan sentiasa ada untuk korang. Tak kira sesusah mana pun keadaan yang terpaksa aku hadapi. Dan aku sangat berharap aku sentiasa dapat bantu korang. Aku suka buat orang gembira dan bahagia, aku suka puaskan hati orang. Sebab tu gak yang aku harap pada diri aku. Benda pertama yang paling aku nak buat. Adalah gembirakan diri aku sendiri. Dan sedaya upaya, aku akan gembirakan hati mummy ngan babah, seterusnya kawan-kawan aku dan sesiapa je yang memerlukan aku. Aku hargai korang seadanya. InsyaAllah...

notakakinunu : " Get a life, and enjoy it" InsyaAllah.. Saya takkan lupa.. Thanks untuk semuanya.. Walaupun terlalu banyak harapan yang tak kesampaian.. :)

0 comments:

Post a Comment