Thursday, November 8, 2012

Tulisan Graffiti

Ehem..

Assalamualaikum.. 

Ok.. Hari ni nak sembang pasal graffiti. Korang tau tak apa tu graffiti? Alaaa.. Yang tulisan grafik tuuu.. Haa yang tu tu la.. Yang gitu2 tu.. Malas la nak explain.. Ni jawapan dari incik wiki.. Sila google atau tengok je lepas ni.. Mungkin korang akan mula faham apa tu graffiti. =P

HAHAHA.. Sebenarnya.. Aku minat gila dengan graffiti ni. Dulu aku selalu beli baju Chargers sebab dia punya design, mostly tulisan graffiti. Tapi tu dulu la. Zaman-zaman kejahilan. Wawawa.

Hari tu, aku godek2 incik awak punya cover photo dekat muka buku.. Then ternampak tulisan graffiti.. Aku cakap kat dia.. Lawa.. Pandai dia buat.. =) 

incik awak punya graffiti ;)

Lepas tu terus dia cakap dia nak buatkan aku 1.. Weeeee terujanya dalam hati.. Tapi tak cukup 1 huruf sebab dia silap pilih font.. Takpe, kita tetap terima.. =)

dan ni yang dia buatkan aku..terima kasih awak :)

Well.. Dia macam tahu2 aku suka benda2 macam ni.. Terus dia kasi link.. Untuk buat sendiri katanya.. Tengok la mana2 yang aku berkenan. Aku pun apa lagi. Dengan penuh keterujaan menggodek benda tersebut.. HAHAHA.. 

So sekarang aku nak kongsikan antara hasil-hasil kerja aku kat dalam web tu.. Kikiki..

pertama kali buat, memang kurang sikit hasilnya =P

tak balance sebab nak jadikan dia cover photo dekat muka buku..jadi kena drag ke tepi sikit ^_^

rahah mintak buatkan dia..maaf kuren sikit :P

Ok next.. Aku curi masa minggu study untuk buat benda2 ni.. Saja rileks2kan otak bermain dengan warna.. Lagipun memang aku suka.. Hihi.. Takde la lawa2.. Mungkin sebab tak banyak pilihan menu untuk buat setiap huruf tu.. So pakai je la mana yang ada.. Aku nak buat sendiri, tak brp pandai guna photoshop.. Sobsssss.. 

XD

=D

=P

=D

Ok.. Setakat ni je kot.. Lepas ni aku godek2 lagi kat sana.. Rasa teruja.. Nak spent masa 2 bulan cuti ni ngan main benda2 ni.. Sambil2 aku nak main ngan photoshop gak.. Sblm ni pernah test.. Tapi tak mampu dapat sepower ni.. Kikiki.. Yang aku buat ni pun biasa2 je.. Korang leh lah test power korang pulak.. Weee excited gila kot aku ni.. XD

Terima kasih kat website The Graffiti Creator sebab bagi peluang aku cuba benda tu..  Terima kasih gak kat incik awak sebab kenalkan website tu.. =D So kalau korang nak cuba, boleh la try sana ye? =P

p/s : Aku sedang update blog sambil lepak2 atas tilam empuk ni.. Bahagianya 2 bulan cuti.. Lagipun dah 3 bulan aku tak balik.. Macam2 hal haa jadinya.. =P


Monday, October 22, 2012

Seandainya Kau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dengan hatiku

Alkisah bermula di ruang sembang muka buku..

Saat aku tengah khusyuk tengok bebudak kelas gaduh pasal siapa nak jadi ketua kelas (KK) dan penolong ketua kelas (PKK) sem depan.

Tetiba...

Popppp~!
(sila jangan tipu kata semua tak tau bunyi apa ni) =P

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Dalam hati terdetik.. Link apa pulak ni.. Ketar-ketar saya bukak link tu.. Tetiba nampak gambar.. Dan bawah gambar tu ada kata-kata yang sangat menarik. =)


TERNIAT di hati untuk mengetahui adanya kamu di sana untukku dan adanya aku di sini untukmu. Tapi alhamdulillah.. Aku sempat TERSEDAR bahawa Allah sentiasa ada buatku, walau apa jua keadaanku sekalipun..

Aku sayangkan kamu dan aku juga MENANTIKAN kasih sayangmu buatku tapi aku LEBIH SAYANGKAN Allah dan Allah sememangnya sayangkan hambaNya.. Semoga Allah redha kita semua. InsyaAllah.. Amin..

♥♥♥ JANGAN KHUATIR, aku larutkan RASA SAYANG terhadapmu dalam rasa sayangku kepadaNya ♥♥♥

Haa indah bukan bait-bait ayat dalam tu.. Membawa seribu satu makna dalam diri. Ya Allah, seandainya telah Engkau catatkan dirinya untuk diriku, satukanlah hatinya dengan hatiku, titipkanlah kebahagiaan. Kuharap dia adalah yang terbaik buatku, kerana Engkau tahu segala isi hatiku, pelihara daku dari kemurkaanMu. Ya Tuhanku yang Maha Pengasih, Engkau sahaja pemeliharaku. 

Teringat dekat lagu nasyid kumpulan UNIC, Doa Seorang Kekasih. =)

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan 
Dia milikku, tercipta untuk diriku 
Satukanlah hatinya dengan hatiku 
Titipkanlah kebahagiaan 

Ya Allah, ku mohon 
Apa yang telah Kau takdirkan 
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku 
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku 
Pelihara daku dari kemurkaanMu 

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah 
Beri kekuatan jua harapan 
Membina diri yang lesu tak bermaya 
Semaikan setulus kasih di jiwa 

Ku pasrah kepadaMu 
Kurniakanlah aku 
Pasangan yang beriman 
Bisa menemani aku 
Supaya ku dan dia 
Dapat melayar bahtera 
Ke muara cinta yang Engkau redhai 

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih 
Engkau sahaja pemeliharaku 
Dengarkan rintihan hambaMu ini 
Jangan Engkau biarkan ku sendiri 

Agarku bisa bahagia 
Walau tanpa bersamanya 
Gantikanlah yang hilang 
Tumbuhkan yang telah patah 
Ku inginkan bahagia 
Di dunia dan akhirat 
PadaMu Tuhan ku mohon segala 

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records) 
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records) 
Penerbit : Faizal Osman 
Penyusun Muzik : Firdaus 
Hakcipta : Hijjaz Record Sdn. Bhd.

Dan...
Buat awak di sana.. ^_^


Semoga Allah redha.. =)



p/s : InsyaAllah.. Dalam mengharungi liku kehidupan ini.. Apa yang utama adalah diri saya sendiri. Saya kena sayang diri saya dulu sebelum saya sayang orang lain. Dalam proses menjadi orang baik agar dikurniakan seorang yang baik untuk saya juga. Doakan saya ya~! =)

Tuesday, October 16, 2012

Alkisah pensil dan memadam


Suatu hari....

Pensel : Saya minta maaf.

Pemadam : Untuk apa? Awak tak buat salah apa pun dengan saya. 

Pensel : Saya minta maaf. Disebabkan saya, awak tercedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti ada di situ untuk membetulkan kesilapan saya. Tapi, setiap kali awak memadamkan kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak menjadi semakin mengecil dan mengecil.

Pemadam : Takpe, saya tak kisah.. Saya sanggup berkorban untuk membetulkan kesilapan yang awak dah buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu saya pasti akan hilang. Apa pun, saya bangga dengan kerja saya ini. Awak jangan la risau. Saya buat semua ni sebab saya benci tengok awak sedih.



Pengajaran : Kadang kala, kita sering merasakan bahawa kita sentiasa berada di pihak yang benar. Kita sanggup perjuangkan apa saja, demi mendapatkan hak kita. Hak merasai kemenangan dek kerana sebuah keegoaan. Tanpa kita sedar, kita sebenarnya telah melukakan hati banyak pihak. Dalam hidup, ada kalanya kita perlu berkorban demi melihat seseorang itu bahagia. Walaupun kadangkala hati terluka, kita langsung tidak mempedulikannya. Asalkan kita tahu. Senyuman seseorang itu telah mampu mengubat seluruh kedukaan di hati. Namun begitu, ada kalanya kita perlu berkorban. Pengorbanan itu memang satu perjuangan. Tak semua orang sanggup buat. Tapi percayalah. Sesungguhnya pengorbanan itu tidak akan pernah menjadi sesuatu yang sia-sia. Asalkan kamu yakin bahawa kebahagiaanmu pasti akan datang kelak. Janji Allah itu pasti. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Kadang kala kita terlalu sibuk menyalahkan takdir. Sehingga kita lupa nikmat sabar dan redha kerana masa pasti akan menemukan segalanya yang kita cari. =)


p/s : " If you can't be a pencil to write someone's happiness, then try to be a nice eraser to remove their sadness. " ^_^

Friday, August 3, 2012

Jodoh Itu Rahsia Allah

JODOH itu RAHSIA ALLAH. YAKIN dan PERCAYALAH akan KETENTUAN-NYA.. kerana ALLAH lah sebaik-baik PERANCANG, insyaALLAH.. ♥


=)

notakakinunu : Curik gambar dr cinta punye blog >.<

Redha :)


REDHA dengan segala yang sudah ditentukan.. jangan mengeluh.
 Allah tahu apa yang tebaik untuk kita.. :)

Mummy..

Sedar tak sedar kita dah masuk fasa kedua Ramadhan. 
Sekejap je masa berlalu kan.

Uhhhhh..

Tak sabarnya nak balik minggu depan..

Tengah-tengah hati sayu camni, rindu pulak kat mummy..
Lagi-lagi bila dengar lagu "Belaian Ibu" nyanyian Hijjaz..

SOBSSOBSOBS..

Mummyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!



notakakinunu : Pagi tadi mummy call kejutkan sahur around 5.34 pagi (mengikut jam aku yang diawalkan entah berapa minit). Yela.. Semalam aku ngadu kat mummy cakap aku sakit.. Then mummy suruh g klinik.. Dia ingat aku tak bangun sahur.. Well.. She know me well.. HAHAHA.. Kebetulan masa tu tengah mandi, so balik tu mummy call lg.. Dengar suara segar bugar, trus dia cakap.. Da bangun rupanya.. Ingatkan tido lagi.. HAHAHA.. Yela mummy.. Anak mummy ni tak tido lagi dr semalam.. Huhu.. Kalo tak memang tak bangun sahur la.. Lepas makan ubat, solat subuh, trus anak mummy ni kruhh kruhh kruhh =P


Wednesday, August 1, 2012

Promise?

" I can't promise to fix all your problems  but i can promise you won't have to face them alone.. "

Kadang-kadang, tak semua yang kita janjikan tu mampu kita tunaikan. Sebaiknya jangan bagi harapan palsu.     Kesakitan yang dirasai tak mampu tertanggung dek hati akibat daripada janji manis yang cuma sekadar dibibir. 

:)

Tuesday, July 31, 2012