Tuesday, October 16, 2012

Alkisah pensil dan memadam


Suatu hari....

Pensel : Saya minta maaf.

Pemadam : Untuk apa? Awak tak buat salah apa pun dengan saya. 

Pensel : Saya minta maaf. Disebabkan saya, awak tercedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti ada di situ untuk membetulkan kesilapan saya. Tapi, setiap kali awak memadamkan kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak menjadi semakin mengecil dan mengecil.

Pemadam : Takpe, saya tak kisah.. Saya sanggup berkorban untuk membetulkan kesilapan yang awak dah buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu saya pasti akan hilang. Apa pun, saya bangga dengan kerja saya ini. Awak jangan la risau. Saya buat semua ni sebab saya benci tengok awak sedih.



Pengajaran : Kadang kala, kita sering merasakan bahawa kita sentiasa berada di pihak yang benar. Kita sanggup perjuangkan apa saja, demi mendapatkan hak kita. Hak merasai kemenangan dek kerana sebuah keegoaan. Tanpa kita sedar, kita sebenarnya telah melukakan hati banyak pihak. Dalam hidup, ada kalanya kita perlu berkorban demi melihat seseorang itu bahagia. Walaupun kadangkala hati terluka, kita langsung tidak mempedulikannya. Asalkan kita tahu. Senyuman seseorang itu telah mampu mengubat seluruh kedukaan di hati. Namun begitu, ada kalanya kita perlu berkorban. Pengorbanan itu memang satu perjuangan. Tak semua orang sanggup buat. Tapi percayalah. Sesungguhnya pengorbanan itu tidak akan pernah menjadi sesuatu yang sia-sia. Asalkan kamu yakin bahawa kebahagiaanmu pasti akan datang kelak. Janji Allah itu pasti. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Kadang kala kita terlalu sibuk menyalahkan takdir. Sehingga kita lupa nikmat sabar dan redha kerana masa pasti akan menemukan segalanya yang kita cari. =)


p/s : " If you can't be a pencil to write someone's happiness, then try to be a nice eraser to remove their sadness. " ^_^

0 comments:

Post a Comment