Sunday, July 1, 2012

........



Jumaat aku puasa, berbuka dengan mee goreng sebab takde selera nak makan apa-apa. Tu pun aku paksa gak diri aku. Sebenarnya aku nak makan chicken chop, tapi abang tu tak bukak gerai dia.

Sabtu aku puasa lagi. Hajat di hati nak berbuka pizza. So, aku ke Tesco ngan Asmira (my besty). Sampai Tesco duk confius sebab tak tau nak makan apa lagi. Masuk Pizza, tanya akak tu. Then ok, kami move ke bangunan sebelah. Jalan-jalan ronda Subway, Secret Recipe, Noodle Station, Starbuck, Old Town White Coffee.. Semua benda tak berjaya bukak selera.. So, aku decide nak makan Subway. Beli la Chicken Slice. Then kami balik semula ke Tesco g Pizza. Da pukul 7.15. Amik seat, kami tunggu lama tapi takde orang datang. Then, blah. Asmira beli nasi ayam dan sup campur, aku beli Each A Cup. Lepas tu balik maktab.

Balik maktab, aku fikir nak makan. Tapi perut aku menolak. Aku langsung takde selera. Aku tak sentuh apa-apa makanan lagi. Sampai malam. Hari ni aku rancang aku nak puasa lagi. Dengan perut kosong, dengan minda kosong, dengan hati kosong. Aku kuatkan semangat. 

Ahad, aku puasa lagi. Sekarang da waktu berbuka. Aku cuma minum seteguk air masak. Dan aku tak tau apa akan jadi dengan aku lepas ni. Serius. Rumet da marah. Asmira da risau. Tapi aku tau. Kalau aku makan pun, aku tak rasa kenyang. Dan takkan pernah habis. Baru-baru ni. Aku bernafsu nak makan banyak. Aku beli yong tau fu, aku beli macam2. Tapi 1 benda pun aku tak habis makan. Sudahnya Asmira yang makan. :)

Kalau mereka tau aku tak makan ni, konfem aku kena marah lagi. Tadi rumet da warn. Dia kata kalau tau aku tak makan, dia paksa aku makan. Sorry semua.. Aku memang takde selera. Aku rasa kosong, sebal. Semua ada...

Thanks.. Mungkin ada hikmah semua ni terjadi. Da sampai masa, untuk aku fikirkan cara terbaik keluar dari kepompong tu. Thanks jugak untuk orang yang berjaya buat aku hilang selera makan. Aku harap dia sihat-sihat je. Dan makan dengan penuh selera. Tu da cukup buat aku kenyang.



ihatemyselfforlovingyou

0 comments:

Post a Comment