Tuesday, October 26, 2010

Mencari cinta~

CINTA adalah sebahagian daripada fitrah manusia. Cinta memang sudah ada dalam diri kita. Bersyukurlah orang yang diberi cinta dan mampu menyingkap rasa cinta dengan tepat dan menurut syariah.

Bercinta tidak salah jika diniatkan untuk menuju alam perkahwinan yang diredai Allah. Nabi Muhammad SAW meninggalkan resipi cinta yang diriwayatkan Abdullah bin Mas'ud: “Wahai generasi muda, barang siapa di antara kalian mampu serta berkeinginan untuk bernikah. Kerana sesungguhnya pernikahan itu dapat menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan barang siapa di antara kalian belum mampu, maka hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat menjadi penghalang untuk melawan gejolak nafsu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, dan Tirmidzi)

Apabila kita sudah membetulkan niat, maka kita mesti menjadikan diri kita ‘solehah’ supaya orang yang soleh akan datang menemui kita atau ditemukan Allah. Kita wajib ingat bahawa jodoh adalah ketentuan Allah, manusia hanya boleh merancang tetapi Allah yang menentukan. Kita cuma dapat berusaha mencari jodoh yang baik menurut Islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik.” (Surah al-Imran, ayat 14)

Cinta paling tinggi martabatnya adalah cinta kerana Allah, kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Pakar psikologi, Prof Madya Dr Mat Saat Baki, pernah menulis: “Cinta itu berkembang. Kita tidak jatuh cinta. Cinta pandang pertama adalah satu mitos. Sebenarnya perasaan cinta itu berkembang dari semasa ke semasa. Lebih lama kita memahami, mengenali seseorang itu, akan lebih dalam perasaan cinta. Namun, menurut beberapa kajian dan perkongsian pengalaman, ternyata cinta pertama tidak diperlukan sebagai asas kebahagiaan tetapi boleh membantu untuk mencapai kebahagiaan.”

Tetapi jika tidak berhati-hati, cinta boleh membutakan mata hati kita. Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Hendaklah kita benar-benar memejamkan mata dan memelihara kemaluan, atau nanti Allah benar-benar akan menutup rapat matamu.” (Hadis riwayat Tabrani)

Cinta yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah ialah cinta yang cenderung kepada maksiat. Cinta yang semakin menggelorakan hawa nafsu, makin berkurang rasa malu dan akhirnya terlanjur. Inilah paling merbahaya. Dari sinilah bermulanya fenomena cinta terlarang, seks tanpa nikah yang merosakkan generasi dan mencemar keturunan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al Isra', ayat 32)

Islam tidak melarang atau mengekang manusia daripada rasa cinta tetapi mengarahkan cinta berjalan di atas landasan yang menjaga martabat kehormatan, baik wanita mahupun lelaki. Jika kita jatuh cinta, perlu berhati-hati kerana seperti minum air laut, semakin diminum semakin haus. Cinta yang sejati adalah cinta yang tumbuh selepas akad nikah.

Cara untuk mengendalikan rasa cinta adalah dengan menjaga pandangan, tidak berkhalwat atau berdua-duaan dalam bentuk apapun dan tidak saling bersentuhan apatah lagi bercium dan berpelukan, memang jelas haramnya.

Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah seorang lelaki dan wanita berkhalwat (berduaan di tempat sepi), sebab syaitan menemaninya, janganlah salah seorang daripada kalian berkhalwat dengan wanita, kecuali disertai dengan mahramnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika bimbang keterlanjuran cinta, alihkan rasa cinta itu kepada Allah dengan membanyakkan selawat, zikir, istighfar dan solat sehingga kita tidak diperdayakan oleh nafsu. Jika kita tewas, nafsu yang akan memperdayakan kita.

Mencari cinta?Awaslah dalam mencari cinta agar tidak terjebak dengan cinta bertuhankan hawa nafsu..

Kita silap sekiranya kerana cinta kita sanggup :

  • Berdosa
  • Tempah neraka
  • Korbankan kehormatan diri
  • Tinggalkan ibu bapa







    TAHUKAH KITA BAHAWA CINTA BERTUHANKAN HAWA NAFSU TIDAK MEMBAWA BAHAGIA?


    • LELAKI mendapatkan seks dengan memperalatkan cinta tidak akan pernah puas kerana kehendak nafsu tidak terbatas, umpama meminum air laut, semakin diminum semakin haus.



      • WANITA yang memberikan seks untuk cinta tidak akan mendapat cinta sejati, hanya akan menemui kasanova dan lelaki hidung belang yang hanya cinta sebelum mendapat apa yang diidamkan, tetapi tunggulah sebaik sahaja habis manis, sepah akan dibuang. Wanita bukan hanya kehilangan cinta tetapi hilang maruah, kehormatan dan harga diri. 



          "Al-Farabi berkata : Cinta yang berlandaskan nafsu seks adalah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan kepada haiwan."

          Adakah kita ingin disamakan seperti haiwan?


          Ketahuilah, kekasih sejati :
          •  Menjaga maruah dan harga diri pasangan.
          •  Menjauhi pergaulan bebas/berkhalwat/berzina.
          •  Tidak mengunjungi pusat hiburan yang membuka ruang kepada perlakuan tidak berakhlak.
          •  Tidak menyaksikan bahan-bahan lucah/filem-filem cinta melalaikan.
          •  Tidak menghayati lagu-lagu cinta mengasyikkan.
          •  Tidak memandang dengan hawa nafsu.










          Kesan buruk akibat zina~

          • Menghilangkan maruah dan harga diri
          • Merosakkan masa depan.
          • Mencemar nama baik diri dan keluarga.
          • Mengundang risiko penyakit-penyakit kelamin dan AIDS
          • Merosakkan nasab (keturunan) jika hamil tanpa nikah yang sah.
          • Berdosa besar di sisi Allah SWT.
          • Mencemar kesucian syariat islam. 











            TIP Pencarian Cinta Sejati

            Dua batang kayu disatukan dengan paku. Dua ketul batu disatukan dengan simen. Dua hati disatukan dengan apa? Jika dua hati disatukan dengan Ynag Satu (ALLAH), pasti mudah kedua-duanya bersatu. 

            Indahnya kehidupan apabila cinta bertasbih (memuji Allah) tetapi binasalah diri apabila kita bertasbihkan cinta. 

            Mencintai Allah adalah modal membina bahagia. Sesiapa yang lebih mencintai Allah, dialah yang lebih mencintai pasangannya. Oleh itu, carilah cinta Allah, nescaya kita ketemu cinta sejati yang berkekalan dalam kehidupan. 


            Cinta Sejati menurut Islam :
            1. Tidak rela yang dicintai menderita
            2. Rela berkorban apapun demi yang dicintai
            3. Memenuhi segala keinginan dari yang dicintai
            4. Tidak pernah memaksakan kehendak kepada yang dicintai
            5. Berlaku sepanjang masa






              Cinta tersebut hanya ada antara Khalik dan Makhluk, cinta antara makhluk harus ditambah syarat-syarat berikut:


                  1.  Cintanya tersebut kerana Allah S. W. T.

                  2.  Harus memenuhi segala aturan yang dibuat oleh Allah S. W. T.

                  3. Seks bukanlah cinta dan cinta bukanlah seks, tetapi seks adalah bunga-bunga dari cinta dan hanya ada dalam pernikahan dan hanya dengan yang dinikahi.

                     4.  Cinta bukan wang atau harta atau duniawi, tetapi cinta membutuhkan wang, harta dan duniawi



                      Katakanlah (Wahai Muhammad) : "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; Sesungguhnya Dia jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

                      Surah Az-Zumar, ayat 53)

                      Cinta Sejati - ELEMENT

                      Cinta sejati yang bisa
                      Memberi tanpa harus menerima
                      Dia membawa damai dan bahagiakan jiwa
                      untuk semua manusia

                      Hanya cinta sejati yang bisa
                      Bertahan tanpa mengenal waktu
                      Tak kan pernah sirna bagai karang di samudra
                      Kan abadi tuk selamanya

                      Seperti itulah cintaku
                      Untuk dirimu
                      Tulus dan apa adanya
                      Datang dari semua rasa
                      Sucinya hati
                      Atas nama cinta sejati

                      Dan bila engkau telah mengerti
                      Betapa besar artinya cinta 
                      Hingga setiap nafas yang mengalir di tubuhmu
                      Ada cinta dari Yang Kuasa


                      2 comments:

                      Asyraf Ridzuan said...

                      lama gak noh hg x update blog...hehe...

                      a i n u said...

                      aku pegi brcuti jp..
                      haha

                      Post a Comment